fbpx

Arah isu sensitif, Jho Low, tidak dimasuk laporan audit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan ke-11 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkannya supaya isu sensitif dan perkara membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tim laporan audit supaya tidak dijadikan isu oleh pembangkang.dak dimasukkan ke dala

Tan Sri Shukry Mohd. Salleh, 67, yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Perdana Menteri itu berkata, Najib mengeluarkan arahan tersebut pada 26 Februari 2016 semasa perjumpaan di pejabat Najib.

“Arahan Najib lebih kurang begini: “Shukry, you cakap dekat audit supaya isu sensitif dan tidak relevan termasuk Jho Low dalam 1MDB tidak dimasukkan dalam laporan”. Nanti perkara ini dapat dekat pembangkang, boleh dijadikan isu,” katanya.

Rentetan itu, saksi itu berkata, beliau kemudian menghubungi bekas Pengarah Audit Jabatan Audit Negara (JAN), Saadatul Nafisah Bashir Ahmad dan menyampaikan arahan Najib.

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksinya, Shukry, berkata satu mesyuarat diadakan di pejabat bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, pada 24 Februari 2016.

Mesyuarat itu turut dihadiri, Arul Kanda selaku wakil 1MDB; wakil JAN iaitu Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Saadatul; wakil perbendaharaan Datuk Seri Mohmad Isa Hussain dan Asri Hamidin; wakil Pejabat Peguam Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad serta Setiausaha Sulit Kanan Ali Hamsa, Datuk Norazman Ayob.

“Dalam mesyuarat itu, KSN memaklumkan tujuan mesyuarat berkenaan diadakan adalah untuk menyelaraskan beberapa perkara Najib tidak berpuas hati yang terdapat dalam Laporan Pengauditan 1MDB,” katanya.

Shukry berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Perbicaraan di hadapan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung lagi 20 Oktober ini.

Mengikut pertuduhan Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI