fbpx

85.7 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 85.7 peratus atau 20,053,472 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.1 peratus atau lebih 22,017,043 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 338,661 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 26,576 diikuti Perak (17,725), Kedah (17,061), Pulau Pinang (13,342) Pahang (12,699), Kelantan (12,386) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,096) dan Sabah (11,115).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI