MARAN – Sebanyak 11 menara baharu termasuk 88 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf di daerah Maran secara berperingkat-peringkat bagi meningkatkan capaian jalur lebar di daerah itu
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, satu menara baharu di Kampung Embun di sini telah pun siap dan beroperasi manakala 17 stesen pemancar dinaiktaraf sejak Jun 2021 lalu.
“Pelaksanaan baki 10 menara baharu dan 71 stesen pemancar lagi sedang dilaksanakan berperingkat-peringkat dan dijangka siap sepenuhnya dalam fasa satu penghujung tahun 2022.
“Ini bermakna penduduk di daerah Maran akan dapat menikmati perkhidmatan internet jalur lebar lebih baik selari dengan kemajuan teknologi terkini seperti di kawasan bandar,”katanya di sini hari ini.-K! ONLINE