fbpx

Wartawan Utusan Malaysia raih Anugerah Media SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Penyampaian Anugerah Media SPRM 2020 diadakan secara secara hibrid hari ini.

PUTRAJAYA – Wartawan Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil dan Maszureen Hadzman dinobatkan selaku pemenang tempat kedua dan ketiga kategori Media Cetak, Anugerah Media SPRM 2020.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu Anugerah Media Cetak dan Anugerah Media Elektronik bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Sepanjang tempoh penyertaan dibuka, SPRM telah menerima kira-kira 20 penyertaan yang akhirnya terdapat seramai enam peserta telah disenarai pendek sebagai pemenang.

Tempat pertama bagi kategori media cetak dimenangi Mohamed Basyir Mohamed Ibrahim (New Straits Times) manakala bagi kategori media elektronik pula dimenangi Izwan Rozlin (Sinar Harian), Sarinah Abdul Hamid (RTM) tempat kedua dan Azry Ahmad Mustafa Hadi (RTM) ditangga ketiga.

Kesemua pemenang memenangi hadiah wang tunai RM2,000 (pertama), RM1,500 (kedua) dan RM1,000 (ketiga) berserta trofi masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, majlis diadakan adalah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada karya-karya kewartawanan berkaitan dengan isu-isu rasuah dan menyebar luas informasi pencegahan rasuah di negara ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI