fbpx

Warna biru anak mata Ana Layla cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARNA anak mata anak Ayda dan Nabil, Ana Nayla yang kebiru-biruan meraih perhatian netizen.

PETALING JAYA – Tak sampai 24 jam memiliki akaun Instagram, anak sulung kepada pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat iaitu Ana Layla sudah mengumpul hampir 50,000 pengikut.

Hantaran pertamanya dalam akaun sosial berkenaan turut menyaksikan ramai tertanya-tanya warna sebenar anak matanya.

“Ya Allah, subhanallah mata dia (emoji muka tersenyum dengan mata berbentuk hati).

“Mata dia kelabu atau biru? Macam biru, hijau pun ada. Hijau turquoise kot,” tulis beberapa orang netizen dalam ruangan komen.

Semalam, Ana yang baru berusia seminggu berkongsi status dalam media sosial perdananya dengan kapsyen: “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya.”

Semalam juga turut menyaksikan buat kali pertama, Nabil dan Ayda mengumumkan nama dan wajah anak sulung mereka dalam Instagram.

Menerusi satu hantaran Instagram, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, mendedahkan nama puteri sulungnya iaitu Ana Nayla.

Untuk rekod, Ayda selamat melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan pada 21 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid al-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI