fbpx

Warga emas cedera terkena siling akibat puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADILAH Mohd. Yunus menunjukkan siling rumah yang rosak dan terjatuh mengenai kepala ibu mentuanya akibat kejadian angin puting beliung di Taman Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson pagi tadi. FOTO : ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Seorang warga emas mengalami kecederaan di bahagian kepala selepas siling rumahnya terjatuh akibat kejadian angin puting beliung yang berlaku di Taman Bagan Kurnia, Chuah di sini pagi tadi.

Mangsa, Siti Mariam Abu, 86, yang tinggal seorang diri itu dikatakan sedang berehat di kawasan dapur rumahnya selepas bersarapan.

Menantunya, Adilah Mohd. Yunus, 44, berkata, dia menerima panggilan daripada jiran memaklumkan kejadian berkenaan dan bergegas ke rumah mentuanya itu.

“Pada ketika itu, saya sedang bekerja dan menerima panggilan daripada jiran yang memaklumkan ibu mentua saya cedera. Apabila pulang kami mendapati bahagian kanan kepalanya ada kesan cedera.

“Kami bertanyakan kepadanya tentang kejadian itu namun, dia terdiam sahaja kerana tidak berapa dengar. Kami telah menghantar dia ke klinik berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Bagan Kurnia, Chuah hari ini.

Kira-kira 10 buah rumah penduduk di taman perumahan tersebut rosak di bahagian atap dan siling apabila angin puting beliung melanda kawasan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI