fbpx

United buru kelibat Phillips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS dilihat sebagai alternatif yang lebih mudah buat United ketika mereka sedang memburu pemain tengah bertahan untuk musim depan. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan sedia menangguhkan hasrat untuk mendapatkan khid­mat pemain tengah West Ham United, Declan Rice kerana mahu mendapatkan pemain baharu yang menjadi sasaran mereka.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memberi bayangan bahawa beliau akan mendapatkan seorang pemain tengah bertahan pada jendela perpindahan musim panas tahun hadapan dengan menamakan pemain Leeds United, Kalvin Phillips sebagai sasaran.

Rice sebelum ini kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Uni­ted sejak 12 bulan lalu tetapi nilai yang terlalu tinggi diletakkan oleh West Ham menyebabkan mereka terpaksa mengendurkan langkah.

Solskjaer percaya nilai seba­nyak £90 juta (RM516.30 juta) yang diminta West Ham untuk Rice adalah tidak munasabah menyebabkan mereka mengalihkan tumpuan mendapatkan pemain baharu.

Mereka turut menamakan Jude Bellingham sebagai sasaran, namun perlu berdepan sai­ngan sengit daripada Liverpool menyebabkan mereka melihat Phillips sebagai alternatif yang lebih mudah untuk diperoleh.

Sejarah sebelum ini menyaksikan United pernah mendapatkan beberapa pemain hebat Leeds termasuk Eric Cantona, Alan Smith dan Rio Ferdinand.
Phillips memiliki kontrak bersama Leeds sehingga musim 2024 dan United dikatakan perlu membayar sebanyak £60 juta (RM344.20 juta) untuk mendapatkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI