fbpx

UEFA gugurkan hukuman tiga kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN besar penyokong 12 pasukan yang terlibat tidak bersetuju mengenai penganjuran Liga Super Eropah dan membuat protes besar-besaran sebelum ini. – AFP

NYON, Switzerland – Jawatankuasa Rayuan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan bahawa mereka menggugurkan kesemua kes terhadap tiga pasukan iaitu Barcelona, Juventus dan Real Madrid.

Ketiga-tiga gergasi bola sepak Eropah itu sebelum ini berdepan tindakan oleh UEFA kerana te­rus berkeras untuk memastikan saingan Liga Super Eropah dite­ruskan selepas perancangannya musim lalu menemui kegagalan.

Ekoran perancangan mewujudkan liga berkenaan tanpa pengetahuan UEFA, mereka bakal berdepan hukuman digantung daripada aksi Liga Juara-Juara, namun mahkamah Madrid mengeluarkan arahan bahawa badan bola sepak Eropah itu tidak berhak untuk mengenakan hukuman berkenaan.

Bagaimanapun, perkemba­ngan terbaharu menyaksikan ketiga-tiga pasukan berkenaan terselamat daripada sebarang hukuman selepas jawatankuasa berkenaan menggugurkan semua pertuduhan terhadap mereka.

“Jawatankuasa Rayuan UEFA memutuskan untuk menggugurkan kesemua pertuduhan terhadap ke­tiga-tiga pa­sukan terbabit dan mere­ka terlepas daripada se­barang hu­kuman ketika tiada lagi usaha untuk menghidupkan liga baharu yang dipanggil Liga Super Eropah itu,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh UEFA.

Kontroversi mengenai Liga Super Eropah mula timbul pada April lalu apabila 12 pasukan dikatakan mencapai persetujuan untuk menyertai siri kejohanan baharu.

Selain tiga kelab berkenaan, sembilan lagi pasukan iaitu Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Tottenham Hotspur, Atletico Madrid, AC Milan dan Inter Milan turut me­ngumumkan berminat untuk menyertai saingan ber­kenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN