fbpx

The Red Warriors sedia ‘layan’ Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REZAL masih memberi peluang kepada pemain import untuk membuktikan mereka benar-benar sesuai buat Kelantan FC.

PEMANGKU jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya meluahkan keyakinan untuk meneruskan saingan Piala Malaysia meskipun tewas perlawanan pembukaan Kumpulan D kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Isnin lalu.

Rezal terus mendapat kepercayaan menggantikan ketua jurulatih The Red Warriors, Marco Ragini yang terpaksa direhatkan atas faktor kesihatan untuk aksi kedua bertemu Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu petang esok.

Justeru, Rezal berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan persembahan semasa sehingga mendapat perhatian ramai terutama prestasi penjaga gol, Farizal Harun yang menyelamatkan banyak percubaan berbahaya daripada JDT.

“Saya masih dalam kategori jurulatih muda bagi kancah Liga Malaysia tetapi saya berani sahut cabaran untuk bawa pasukan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.

“Saya harap pemain kekalkan disiplin dalam mengikuti taktikal yang diarahkan seperti mana mereka lakukan semasa berdepan JDT serta kurangkan kesilapan apabila bertemu pasukan-pasukan Liga Super,” katanya.

Bagaimanapun, Rezal enggan memandang rendah kemampuan Sabah yang kini mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu, Datuk Ong Kim Swee selain memiliki ramai pemain tempatan dan import berkualiti.

“Aksi dengan Sabah sememangnya sangat menarik kerana mereka juga mendapat khidmat jurulatih baru yang pasti akan mendapat tonik serta corak permainan baharu,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI