fbpx

Tak perlu MTP untuk keluar negara bagi tujuan khusus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Berkuat kuasa 1 Oktober ini, semua warganegara Malaysia yang ingin keluar negara bagi beberapa tujuan khusus diberikan pengecualian daripada memohon kelulusan MyTravelPass (MTP).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, diplomat Malaysia dan diplomat asing kekal tidak perlu memohon MTP seperti ketetapan sedia ada.

“Semua dokumen berkaitan tujuan perjalanan hendaklah ditunjukkan kepada pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter-kaunter di mana-mana pintu masuk negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Golongan yang tidak perlu memohon kelulusan MTP termasuklah pelajar yang baru mendapat tawaran belajar di universiti luar negara bersama dua orang pengiring serta pelajar lama yang menyambung pelajaran di luar negara bersama dua orang pengiring.

Selain itu, pelajar yang menduduki peperiksaan di luar negara bersama dua orang pengiring serta mereka yang mempunyai urusan kecemasan seperti kematian dan sakit kritikal juga tidak perlu memohon kelulusan MTP.

Tiga lagi tujuan khusus dimaksudkan adalah bertemu isteri atau suami di luar negara di mana perkahwinan hanya didaftarkan diluar negara; menyertai acara sukan, seminar dan mesyuarat serta menyertai misi bantuan kemanusiaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI