fbpx

Sungai tercemar pengunjung festival muzik buang air kecil merata-rata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung di Festival Glastonbury di Ladang Worthy, Pilton pada Jun 2016. - CNN

LONDON – Satu kajian mendapati bahawa tindakan pengunjung sebuah acara festival muzik di Somerset, England, yang membuang air kecil merata-rata sepanjang festival itu berpotensi membahayakan hidupan liar di kawasan sekitar, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Bangor telah mengenal pasti kandungan dadah jenis kokain dan metil enedioxymetamfetamin (MDMA) yang tinggi di Sungai Whitelake yang mengalir melalui Ladang Worthy, di mana cara Festival Glastonbury kebiasaannya diadakan dengan lebih 200,000 pengunjung.

Kajian tersebut mendapati bahawa kepekatan dadah yang ditemui bertambah empat kali ganda selepas festival pada tahun 2019, di mana kepekatan kokain mencapai tahap yang sebelum ini memberikan kesan kepada kitaran hidup belut Eropah yang diancam kepupusan.

Profesor Sains Tanah Lempab di Universiti Bangor yang juga merupakan ketua penyelidik, Christian Dunn berkata, kadar dadah terlarang adalah cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai memusnahkan persekitaran.

Menurutnya, kenaikan kadar dadah itu berpunca daripada sikap pengunjung festival terbabit yang berlaku lebih pantas dalam cuaca panas.

“Ini telah menguatkan lagi fakta bahawa menghentikan pembuangan air kencing secara terbuka amat penting.

“Ia bukan hanya untuk bahan tercemar tradisional tetapi juga untuk bahan tercemar sebegini,” kata Dunn.

Meskipun memuji kerja keras yang dilakukan oleh penganjur festival dalam menangani isu pembuangan air kecil secara terbuka, Dunn berkata, perlunya penyelidikan lanjut bagi mengenal pasti kesan dadah terlarang terhadap ekosistem.

“Kita perlu menunjukkan bahaya dadah ini kepada orang awam dan pengunjung festival serta memberitahu mereka bahawa ini adalah penyebab mengapa mereka tidak sepatutnya membuang air kecil di tempat awam,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI