fbpx

Seventeen sasar konsert fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN SEVENTEEN

KUMPULAN Seventeen dilaporkan dalam perbincangan untuk mengadakan konsert fizikal pada November depan, seperti dilaporkan media tempatan Korea Selatan.

Memetik laporan eksklusif media tempatan, kumpulan dianggotai 13 jejaka kacak itu dalam perancangan mengadakan konsert bersemuka dengan penonton buat pertama kali selepas Covid-19 melanda hampir dua tahun lalu.

Konsert berkenaan dijadualkan berlangsung di KSPO Dome atau Olympic Gymnastics Arena di Olympic Park, Seoul yang boleh memuatkan sehingga 15,000 penonton.

Bagaimanapun, penampilan Seventeen pada konsert berkenaan hanya membariskan 11 orang ahli memandangkan dua lagi anggota, The8 dan Jun sedang dalam rangka promosi karier solo di China.

Jika perancangan tersebut berlaku seperti biasa, konsert tersebut bakal menjadi kemunculan pertama Seventeen di hadapan penonton selepas kali terakhir bersua dengan peminat pada Ogos 2019.

Menjelang persiapan konsert tersebut, Seventeen terlebih dahulu menyapa peminat dengan meluncurkan album baharu berjudul Attacca yang menyaksikan kejayaan mencatatkan jumlah pra-tempahan sebanyak 1.41 juta unit dalam masa sehari.

Album berkenaan akan dilancarkan secara rasmi kepada peminat menjelang 22 Oktober depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI