fbpx

Semua PPV di Kelantan ditutup bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPV Apam Putra, Pasir Mas merupakan salah satu daripada 24 PPV di Kelantan yang akan ditutup pada hujung bulan depan. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kelantan akan menutup kesemua 24 pusat pemberian vaksin (PPV) menjelang hujung Oktober ini selepas negara bakal menuju ke arah fasa endemik tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, penutupan 20 PPV awam dan empat integrasi itu dilakukan selepas suntikan vaksinasi dos pertama golongan dewasa di negeri ini mencapai 94 peratus.

“Keputusan untuk menutup 24 PPV itu juga dijalankan selepas 80 peratus golongan remaja menerima suntikan vaksin Covid-19. PPV tertentu sudah ditutup dari masa ke semasa sehingga hujung Oktober depan.

“Setakat ini, kita melanjutkan operasi PPV di negeri ini untuk memberikan suntikan vaksin dos kedua kepada individu yang sudah menerima suntikan pertama,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Izani, bagi golongan remaja terutama pelajar yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19, pihaknya akan berurusan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan segera.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI