fbpx

Rumah rosak, angin puting beliung landa Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk Nursyuhada Abdul Haris menunjukkan atap rumahnya yang rosak akibat angin puting beliung di Taman Bagan Kurnia, Chuah, Port Dickson hari ini. - FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON – Satu kejadian puting beliung berlaku di Taman Bagan Kurnia, Chuah di sini pagi tadi yang turut mengakibatkan kerosakan beberapa rumah di taman berkenaan.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Taman Bagan Kurnia, Awang Ahmad Awang Hussin, 59 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi itu yang pertama kali terjadi itu turut merosakkan atap beberapa rumah penduduk kampung itu.

“Kali pertama jadi kejadian puting beliung macam ini dan kami tidak pernah melihat angin sebegitu kuat. Buat masa ini, kami sedang memeriksa rumah yang rosak dan minta mereka mengambil senarai nama.

“Kami akan mengadakan laporan polis terlebih dahulu dan saya dimaklumkan ada beberapa rumah yang agak teruk dipukul angin lebih lima minit tadi,” katanya hari ini.

Sebanyak 400 buah rumah yang terdapat di taman berkenaan.

Dalam kejadian 10.30 pagi tadi, satu kejadian puting beliung berlaku sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk rosak teruk. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI