fbpx

Polis nafi 2 pelajar meninggal akibat komplikasi vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Mior Faridalathrash Wahid

IPOH –  Polis hari ini menafikan dakwaan kematian dua pelajar sebuah sekolah di Perak disebabkan komplikasi suntikan Vaksin Covid-19 seperti yang tular di media sosial.

Dakwaan itu bukan sahaja tidak benar malah kematian pelajar terbabit juga tiada kaitan dengan suntikan imunisasi berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai itu dilaporkan meninggal dunia pada 18 Julai dan 17 September lalu sedangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) hanya bermula Isnin lalu.

“Kita terima laporan pada 18 Julai lalu mengatakan terdapat seorang pelajar perempuan sekolah itu yang meninggal dunia disebabkan positif Covid-19.

“Pelajar itu mempunyai rekod sakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik dan telah dua bulan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mior Farid berkata, kematian seorang lagi pelajar pula dilaporkan pada 17 September lalu membabitkan remaja lelaki berusia 17 tahun yang meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

“Kedua-dua kejadian ini tiada kena mengena dengan vaksin kerana PICK Remaja hanya bermula pada 20 September lalu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI