fbpx

Penyelia lombong rugi RM55,700 ditipu kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Kerana terlalu percayakan rakan wanita yang dikenali di Facebook, seorang penyelia lombong kehilangan wang simpanannya berjumlah RM55,700 selepas diperdaya dengan kerja sambilan melalui aplikasi ‘nice job’.

Pada mulanya semuanya nampak baik apabila mangsa sempat menerima komisen untuk empat tugasan awal namun selepas itu, mangsa tidak lagi menerima wang terbabit malah wang pelaburannya juga tidak dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 38 tahun mengenali seorang wanita di Facebook pada April lalu.

“Wanita dengan gelaran Teng Teng itu mempelawa mangsa menyertai satu kerja sambilan menguntungkan melalui aplikasi ‘nice job’ yang dimuat turun dari laman google.

“Mangsa diberi tugasan iaitu menjadi orang tengah antara pembeli dan penjual dalam aplikasi tersebut,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, melalui tugasan itu mangsa dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu kepada penjual apabila pembeli membuat pesanan dalam sistem itu sebelum penjual akan menghantar barang dan membayar semula wang pengadu berserta komisen sebanyak 10 hingga 15 peratus.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh 22 Ogos hingga 2 September lalu mangsa telah membuat 13 transaksi ke tiga akaun bank berbeza dengan sembilan transaksi melibatkan bayaran sebanyak RM55,700.- K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI