fbpx

Pengurangan yuran USM bantu ringankan beban pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USM melaksanakan inisiatif pengurangan yuran untuk membantu pelajar-pelajarnya meneruskan kelangsungan menuntut ilmu sewaktu pandemik Covid-19.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) melaksanakan beberapa inisiatif termasuk pengurangan yuran untuk membantu pelajar-pelajarnya meneruskan kelangsungan menuntut ilmu ketika berdepan dengan cabaran ekonomi sewaktu pandemik Covid-19.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, antaranya adalah pengurangan yuran semester pertama Sidang Akademik 2021/2022 sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar ijazah pertama dan ijazah tinggi tempatan.

Katanya, pengurangan yuran itu juga untuk pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh seperti yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

“USM turut memberikan pengecualian yuran pengekalan untuk kes penangguhan.

“Pengecualian ini melibatkan semua taraf (pelajar), bermula daripada semester kedua Sidang Akademik 2020/2021 dan semester pertama Sidang Akademik 2021/2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, USM juga tidak akan mengenakan penalti tempoh pengajian untuk penangguhan, selain memberikan diskaun yuran pendaftaran sebanyak 10 peratus kepada para pelajar baharu antarabangsa (pengambilan semester pertama Sidang Akademik 2021/2022).

“Kedua-dua inisiatif ini merangkumi pelajar ijazah pertama dan ijazah lanjutan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI