fbpx

Penentu nasib Koeman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN (tengah) tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan Barcelona mencatat kemenangan berdepan Benfica untuk memastikannya sisa-sisa peluang bersama kelab itu. – AFP

BARCELONA – Pertemuan menentang Benfica dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium da Luz awal pagi esok mungkin akan menjadi penentu masa depan jurulatih Barcelona, Ronald Koeman bersama pasukan itu.

Hanya satu kemenangan da­lam empat perlawanan sebelum ini menyebabkan pengendali dari Belanda itu berdepan tekanan tinggi dalam usaha menyelamatkan kariernya bersama The Catalans.

Justeru, beliau mungkin diberikan lebih masa untuk membuktikan kemampuannya jika berjaya menjinakkan Benfica pada perlawanan awal pagi esok kerana ramai mendakwa masa­nya makin suntuk di Camp Nou.

“Jika anda lihat senarai pemain yang ada dalam pasukan sekarang, adakah anda jangka kami akan bermain secara tiki-taka? Saya sudah cuba buat yang terbaik bersama pemain sedia ada,” kata Koeman.

Barcelona memulakan saingan Liga Juara-Juara musim ini dengan aksi mengecewakan apabila tewas 0-3 kepada Bayern Munich di hadapan penyokong mereka sendiri.

Sementara itu, bek tengah, Gerard Pique menggesa semua pemain agar menampilkan aksi terbaik ketika bertemu Benfica bagi mengembalikan keyakinan pasukan dalam saingan musim ini.

“Pasukan ini memiliki rekod yang cukup baik dalam saingan bola sepak Eropah tetapi kami tidak biasa dengan situasi sekarang. Pemain ada pilihan sama ada untuk terus merungut atau bawa pasukan kembali ke landasan sebenar,” ujarnya. – AGENSI

 

LIGA JUARA-JUARA

JADUAL

Awal pagi esok

Atalanta lwn Young Boys
Zenit lwn Malmo
Bayern lwn D. Kyiv
Juventus lwn Chelsea
Man. United lwn Villarreal
Salzburg lwn Lille
Benfica lwn Barcelona
Wolfsburg lwn Sevilla

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI