fbpx

Pejabat Peguam Negara terima kertas siasatan kes AS$6.94 juta hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara memaklumkan bahawa kertas siasatan berkaitan kes kehilangan wang AS$6.94 juta (RM29 juta) telah diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, kertas siasatan itu telah diterima daripada SPRM semalam.

“Bahagian ini akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan sama ada untuk membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat berkaitan isu berkenaan.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI