fbpx

Najib mohon periksa pegawai LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan untuk memeriksa lima pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengikrarkan afidavit mereka berhubung notis kebankarapan kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN.

Perkara itu dimaklumkan peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut peguam itu, permohonan tersebut difailkan pada 22 September lalu menurut Kaedah 47 Kaedah-Kaedah Insolvensi 2017 dan memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi melakukan pemeriksaan ke atas lima pegawai lelaki berkenaan.

Ia atas alasan pihak LHDN gagal memberi butiran bagaimana pengiraan jumlah keseluruhan cukai yang dikenakan terhadapnya.

Kata peguam itu, semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ida Rahayu Sharif hari ini, pihak LHDN turut memaklumkan mereka akan memfailkan permohonan untuk membatalkan permohonan pemeriksaan berkenaan.

“Justeru mahkamah kemudian mengarahkan LHDN memfailkan permohonan itu pada 13 Oktober ini dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 9 November depan,” katanya.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Februari lalu terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis tersebut Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI