fbpx

MPK roboh struktur haram termasuk port penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara struktur haram yang dirobohkan MPK.

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) memusnahkan empat struktur haram termasuk digunakan sebagai port penagihan dadah di sekitar daerah ini baru-baru ini.

Operasi yang dijalankan secara berasingan bermula 15 hingga 23 September lalu itu melibatkan tiga lokasi iaitu Lintang Sungai Keramat 6 Taman Klang Utama ; Solok Merak di Kawasan 17 dan Jalan Sultan Mohamed 1 Bandar Sultan Suleiman.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, operasi itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang terhadap struktur haram atau tanpa izin.

Katanya, berdasarkan tindakan mendapati tiga struktur termasuk dua gerai dibina kekal di atas rezab jalan dengan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 46(1)(a)(b) Akta Jalan Parit dan Bangunan.

“Manakala sebuah rumah di bawah rentis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Solok Merah tersebut dipercayai digunakan sebagai rumah oleh penagih dadah.

“Selain itu, terdapat aduan dari orang awam memaklumkan terdapat aktiviti penjualan dan pengumpulan barang lusuh dan terpakai di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI