fbpx

Melaka benarkan guna kapasiti penuh masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kerajaan negeri membenarkan ruang kapasiti masjid dan surau digunakan sepenuhnya untuk solat Jumaat dengan mengekalkan penjarakan fizikal 1.5 meter, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketetapan baru itu dibuat mengikut keadaan peralihan fasa terkini Melaka yang telah memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membenarkan solat Jumaat dijalankan mengikut kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter dan kawasan dibenarkan adalah di dalam ruang solat masjid.

“Pembinaan khemah tambahan adalah adalah dilarang. Begitu juga dengan di masjid kariah dan surau di seluruh negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun bagi solat fardu dan solat jenazah di masjid kerajaan negeri jumlah kapasiti dibenarkan adalah seramai 500 jemaah.

“Bagi masjid kerajaan jumlah maksimum jemaah adalah 500 orang, manakala masjid kariah seramai 200 dan surau 100 jemaah.

“Mereka yang hadir ke masjid untuk solat atau aktiviti pengimarahan, sama ada rakyat tempatan mahupun warga asing mestilah telah lengkap dua dos vaksinasi serta melepasi tempoh matang 14 hari,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI