fbpx

Masih ramai pekerja kantin sekolah belum lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rofaat (kanan) menyampaikan sumbangan berupa pelitup muka, alat pelindung muka dan cecair pembasmi kuman kepada Salim (kiri) di Jabatan Pendidikan Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pengusaha kantin sekolah digesa memastikan pekerjanya lengkap dos vaksinasi menjelang pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada 3 Oktober depan.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan, Mohamad Ropaat Khamid berkata, ia bagi menjamin keselamatan pelajar di 456 buah sekolah terlibat di negeri tersebut.

“Berdasarkan maklum balas yang kami terima, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berdepan kesukaran mengesan bilangan pekerja kantin yang belum lengkap vaksin.

“Saya dimaklumkan program vaksinasi melibatkan pelajar 16 dan 17 tahun di Terengganu berjalan lancar dan sudah di penghujung manakala bilangan guru yang lengkap vaksinasi pula suda melebihi 90 peratus,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Ropaat berkata, kadar vaksinasi dalam pekerja sokongan kantin sekolah di Terengganu masih rendah kerana kebanyakan mereka itu bukannya pekerja tetap dan bergantung kepada janji temu menerusi aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI