fbpx

Lesen pengendali lori terbabit kemalangan lima kenderaan lain digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Ipoh baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memutuskan untuk menggantung Lesen Pengendali terhadap pemegang lesen kenderaan barangan yang terlibat dalam kemalangan dengan lima kenderaan lain di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tempoh penggantungan adalah selama tiga bulan atau sehingga syarikat itu memenuhi keperluan Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata, pemegang Lesen Pengendali bagi kenderaan barangan itu adalah CBSB Transport Sdn Bhd.

“Tindakan itu diambil selepas mengambil kira kepentingan awam dan berdasarkan laporan siasatan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Ia juga selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2020 (Akta 715) di mana syarikat telah gagal melaksanakan ICOP tanpa sebab yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kegagalan melaksanakan ICOP adalah satu pelanggaran serius terhadap syarat lesen serta melibatkan risiko keselamatan kepada pemandu, pengguna jalan raya dan juga orang awam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI