fbpx

KKMM rancang bina 47 menara telekomunikasi Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merancang membina 47 menara telekomunikasi baharu dan menaik taraf 38 stesen telekomunikasi di Julau, Sarawak.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar liputan rangkaian generasi keempat (4G) di Sarawak hanya berada pada tahap 80.84 peratus yang jauh lebih rendah berbanding tahap purata nasional iaitu 94 peratus.

“Kawasan yang menjadi tumpuan ialah Julau yang mempunyai liputan rangkaian 4G cuma pada tahap 27.34 peratus.

“Jadi terdapat kesenjangan besar antara Sarawak dan Julau pada peringkat nasional,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Larry Soon (Bebas-Julau) yang bertanya mengenai perancangan memastikan akses internet dan telekomunikasi di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi memastikan isu jurang digital diselesaikan terutamanya di Parlimen Julau.

Dalam pada itu, Annuar turut memaklumkan bahawa beliau akan menyerahkan dokumen bertulis kepada semua Ahli Parlimen supaya mereka dapat mengetahui perkembangan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) di kawasan masing-masing.

“Esok saya akan mengedarkan data-data kepada semua Ahli Parlimen antaranya mempunyai maklumat berapa banyak menara dan berapa banyak yang telah dinaik taraf untuk semua kawasan Parlimen.

“Saya hantar secara bertulis supaya rakan-rakan Ahli Parlimen dapat mengetahui perkembangan JENDELA dalam kawasan masing-masing dan jika ada persoalan boleh temui saya secara terus,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI