fbpx

Kisona akui mental perlu lebih kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA dilihat gagal menampilkan permainan sebenar apabila akur dengan kekalahan straight set 16-21, 20-22 kepada .

KEKALAHAN kepada pemain No.176 dunia, Abigail Holden pada aksi peringkat Kumpulan D Piala Sudirman menentang England kelmarin sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya berhubung permainan perseorangan wanita negara, S. Kisona.

Kisona yang turun pada aksi keempat dalam saingan berpasukan campuran itu dilihat gagal menampilkan permainan sebenarnya apabila akur dengan kekalahan straight set 16-21, 20-22.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 itu tanpa berselindung mengakui, tuah tidak menyebelahinya apabila menyaksikan Holden menampilkan aksi lebih agresif untuk menguasai gelanggang.

“Sebenarnya saya sudah menampilkan aksi lebih baik pada set kedua tetapi masih belum mampu untuk atasi permainan lawan. Pada aksi itu, dia berjaya mengawal gelanggang sepenuhnya.

“Tidak ada orang yang mahu kalah kerana saya sudah berikan aksi terbaik serta keluarkan segala-galanya. Bagaimana­pun, nasib saya kurang baik tidak dapat sumbang mata kepada pasukan,” kata pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu.

Bagaimanapun, Malaysia masih memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2 menerusi mata yang disumbangkan oleh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh dan Wooi Yik (beregu lelaki) serta Hoo Pang Ron-Cheah dan Yee See (beregu campuran).

Mengulas pertemuan pen­ting bertemu Jepun pada aksi terakhir peringkat kumpulan esok, Kisona percaya semua pemain perlu bersedia dalam segala aspek terutamanya dari segi mental kerana naib juara dua kali itu akan turun sebagai pasukan pilihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI