LANGKAWI – Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Hisham Suhaily Othman dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini sejak semalam selepas disahkan positif Covid-19.
Turut dilaporkan positif ialah Ketua Puteri UMNO Langkawi, Ummi Kalsom Abdul Muthalib serta lima Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian itu yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Hisham Suhaily ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan beliau dirawat di HSM sejak pagi semalam.
“Pada mulanya saya buat ujian kendiri air liur selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa rakan yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang melancong dari pulau ini.
“Dua kali buat ujian air liur dan semuanya negatif, namun saya disahkan positif menerusi ujian RT-PCR di sebuah klinik swasta pada Jumaat lalu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929