fbpx

Isteri ‘kantoi’ bersama lelaki lain depan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video manyaksikan seorang wanita ditangkap berada bersama lelaki lain baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kisah kecurangan pasangan suami isteri sering kali kita dengar dan baca di media sosial sebelum ini, malah kejadian seperti ini seolah-olah semakin menjadi-jadi ketika ini.

Terbaru, satu video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki hilang kata-kata selepas mendakwa ternampak isterinya bersama seorang individu lain di rumah mereka dipercayai di Jalan Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.

Seorang pengguna TikTok, @deejayfaz_official3 yang memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah ketika berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.

“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ya tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3, 4 pagi baru saya tidur,” luahnya dipercayai kepada seorang lagi individu lain.

Kejadian berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, rata-rata mengutuk kejadian tersebut dan menjelaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kesihan abang ni, keluar rumah semata-mata cari rezeki untuk keluarga, tapi bini dia buat benda terkutuk ni. Hukum Islam wajib direjam, geram pula aku tengok,” jelas Nik Furss.

“Cubaan abang ni dapat tersangat besar, sabar banyak-banyak, tuhan nak ganti dengan yang lagi elok. Harap pihak berkuasa beri hukuman setimpal,” kata Muhammad Saifullah. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI