fbpx

HLB lanjutkan bantuan bayaran balik berjumlah RM33.4 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB) telah melanjutkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman berjumlah RM33.4 bilion, terma­suk di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) setakat 17 September lalu.

HLB telah ­me­ngekalkan kadar kelulusan 100 peratus buat pelanggan layak yang memohon bantuan tersebut dan akan terus bekerjasama rapat dengan pe­minjam bagi memberi ke­legaan buat mereka yang memerlukan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, pihaknya akan terus menyokong pelanggan seperti mana yang telah dilakukan sejak permulaan pandemik pada Februari 2020.

“Kami sedar perjalanan pemulihan akan mengambil masa dan tidak sekata dan dalam masa yang sama aliran tunai juga akan menjadi kebimbangan utama bagi komuniti perniagaan serta golongan terjejas akibat penutupan ekonomi berpanjangan.

“Bagi memastikan ketangkasan dan fleksibiliti dalam ­menyokong pelanggan, kami telah meringkaskan proses permohonan bagi pelbagai program bantuan untuk memastikan ­aplikasi boleh dibuat dengan mudah menerusi laman web.

“HLB juga tidak akan menolak pelanggan yang memohon bantuan,” kata­nya dalam satu ­kenyataan.

Menurut Fuda, pihaknya juga komited menyokong industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan akses pembiayaan, selain penyelesaian perniagaan digital.

“Dari Januari hingga Ogos 2021, HLB telah mengagihkan pembiayaan baharu berjumlah RM3.952 bilion kepada pelanggan PKS untuk menyokong mereka ke arah pemulihan serta mengu­kuhkan perniagaan supaya menjadi lebih lestari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI