fbpx

Geng butik, bundle bergaduh ketika ‘live’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menyaksikan dua pemuda berbalah dengan seorang pemuda lain secara langsung di Facebook baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perniagaan pakaian terpakai atau bundle sememangnya cukup terkenal di Malaysia, bahkan perniagaan ini telah banyak membantu ramai anak muda.

Ketika ini, penjualan pakaian bundle tidak hanya terarah kepada jualan di kedai semata-mata, malah penjualan secara langsung atau live di laman sosial dikatakan lebih ‘menjadi’.

Namun dalam kerancakan penjualan barangan bundle di laman sosial terutamanya di Facebook, ada juga orang yang tidak berpuas hati dan ‘merosakkan’ sesi penjualan tersebut.

Terbaru, satu live penjualan bundle oleh dua anak muda di Facebook telah diganggu oleh ‘geng butik’ apabila seorang pemuda masuk dalam live tersebut.

Paling menyakitkan hati apabila pemuda geng butik itu bercakap secara riak dan memperlekehkan perniagaan pakainan secondhand itu.

Ujarnya, pakaian itu adalah pakaian lama dan langsung tiada nilai, namun pakian bundle itu tetap dijual pada harga yang tinggi sehingga ratusan ringgit.

“Baju secondhand tu boleh buat lap kaki sahaja, tapi nak juga jual mahal. Kalau pakai pun buat gatal badan sahaja, hentikanlah.

“Aku layan pakaian baru, pakaian butik aku mampu. Mahal pun puas hati,” jelas pemuda tersebut.

Jelas pergaduhan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada penonton yang menyaksikan live tersebut, rata-rata mereka tidak puas hati dengan tindakan pemuda itu.

“Orang nak meniaga kau jangan la kacau. Apa masalah kau sebenarnya ni?” jelas NorrunSahar.

“Dah kau nak pakai baju butik tu hak kau lah, tak perlu kot kacau orang meniaga. Hak masing-masing bro,” jelas Nor Amilin Fauzi. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI