PETALING JAYA – Populariti dikecapi drama bersiri popular Korea Selatan, ‘Squid Game’ ternyata memberi impak kepada rakyat Malaysia apabila rata-rata netizen mahu menjadikan ‘Dalgona Candy’ sebagai hidangan kuih raya pada tahun hadapan.
Lebih menarik, ada orang ramai mahu kanak-kanak yang bertandang ke rumah untuk menyelesaikan dahulu permainan Dalgona Candy seperti di dalam siri Squid Game sebelum mendapat duih raya.
Idea berkenaan dicetuskan oleh seorang pengguna Twitter @parajamaludin yang mahu menjadikan gula-gula tradisional Korea Selatan sebagai kuih raya selain turut mendapat reaksi positif pengguna laman media sosial itu.
“Kuih raya tahun hadapan, siapa dapat keluarkan bentuk yang sempurna, baru boleh dapat duit raya.
“Jika pecah atau patah, sila terus ke dapur untuk basuh pinggan,” ciapnya.
Dalam pada itu, ramai pengguna Twitter menyambut baik idea berkenaan dan mahu mengaplikasikan permainan Dalgona Candy pada sambutan Aidilfitri tahun depan.
“Idea yang bagus, lepas itu tidak perlu pakai corak ini (corak mudah), pakai corak kuih raya yang susah,” seloroh @ain_syamira.
“Idea yang bagus untuk kenakan adik aku yang tiga orang itu,” ujar @Nad_Yahoo93.
“Cukup 10 rumah, kencing manis semua tetamu,” kata @Iphonesellerterpaling
Dalgona Candy terus menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila gula-gula itu diselitkan di dalam siri Squid Game dengan memaparkan peserta perlu memotong bentuk ditetapkan tanpa memecahkannya.
Bahan menghasilkan gula-gula itu juga mudah iaitu hanya menggunakan gula pasir dan soda bikarbonat sahaja. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929