PUTRAJAYA – China memutuskan untuk menyumbangkan sejuta lagi dos vaksin Covid-19 kepada Malaysia atas dasar persahabatan mendalam antara dua negara dan sesama rakyat.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Luarnya, Wang Yi secara rasmi ketika perbualan menerusi telefon bersama dengan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
“Sumbangan tambahan vaksin jenama CoronaVac buatan firma negara itu, Sinovac Biotech Ltd. bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” kata kenyataan Wisma Putra.
Sebelum itu, kerajaan China muncul antara negara asing terawal pernah menyumbangkan sejumlah 500,000 dos vaksin tersebut pada Julai lalu untuk menjayakan program berkenaan.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929