fbpx

Celine Evangelista berhenti sekolah demi lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CELINE EVANGELISTA

PELAKON jelita Celine Evangelista tidak pernah membayangkan bahawa dia akan bergelar gadis yang ketinggalan dalam pendidikan demi mengejar impian bergelar pelakon.

Ujar isteri kepada aktor Stefan William itu, dia terpaksa membuat keputusan berhenti sekolah ketika peringkat menengah kedua untuk memberi laluan terhadap komitmen bergelar pelakon sinetron.

“Keadaan ekonomi keluarga ketika itu sangat teruk dan saya harus bekerja.

“Jadi saya terpaksa berhenti sekolah kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai sinetron,” ujarnya.

Ujarnya lagi, ketika itu dia sememangnya sudah terlalu sibuk memenuhi jadual lakonan dan perlu menjalani penggambaran sehingga awal pagi.

“Kadang-kadang saya sampai terlupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru sehingga saya sering dimarahi.

“Jadi lebih baik saya berhenti sekolah dan bekerja. Sekurang-kurangnya saya boleh membantu menyara keluarga,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI