Menyedari kepentingan menyalurkan maklumat kepada orang awam telah mendorong Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan buku ilmiah pandemik Covid-19 yang menghimpunkan artikel-artikel akademik berkait Covid-19 oleh pensyarah-pensyarah di institusi-institusi pengajian tinggi seluruh negara. Diketuai Ketua Laboratori Belia Dalam Kepimpinan, Politik dan Kewarganegaraan IPSAS, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, tiga buah buku ilmiah bertajuk Kepelbagaian Isu Pandemik Covid-19 Dari Perspektif Sains Sosial, Kepelbagaian Isu Pandemik Covid-19 Dari Perspektif Kesihatan dan Pandemik Covid-19 Pengalaman Malaysia dan Indonesia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya