fbpx

Allegri optimis tanpa dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kiri) dan Dybala tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Chelsea awal pagi esok ekoran masalah kecederaan yang dialami. – AFP

TURIN – Ketiadaan dua pe­nyerang, Paulo Dybala dan Alvaro Morata menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stadium Allianz awal pagi esok langsung tidak merisaukan jurulatih Juventus, Massimi­liano Allegri.

Sebaliknya, beliau menaruh sepenuh kepercayaan terhadap skuad kendaliannya dalam usaha mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan H selepas menewaskan Malmo sebelum ini.

Dalam pada itu, Allegri juga menegaskan, beliau tidak bimbang kerana menganggap pertemuan dengan Chelsea bukanlah aksi penentuan untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

“Saya ada beberapa percaturan untuk digunakan ketika bertemu Chelsea nanti tanpa kelibat Dybala dan Morata. Kami masih ada pemain-pemain yang boleh isi kekosongan yang di­tinggalkan dua pemain ini.

“Tambahan pula perlawanan ini bukanlah aksi yang akan menentukan sama ada kami layak ke pusingan seterusnya ataupun tidak. Perlawanan menentang Zenit selepas ini adalah lebih penting untuk kami,” kata beliau.

Biarpun masih belum mencapai standard sebenar dalam saingan musim ini, namun skuad The Old Lady itu tidak boleh dipandang rendah kerana prestasi mereka dalam Liga Juara-Juara sentiasa meyakinkan.

Juventus juga pastinya akan berwaspada pada perlawanan awal pagi esok memandangkan Chelsea mungkin mahu bangkit selepas tewas kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI