fbpx

AKBM bakal beroperasi di SIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lian Ker (empat dari kiri belakang) bersama pelatih AKBM di garaj Viper Niza Racing di Seksyen 26, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Akademi Kemahiran Belia Motorsports (AKBM) dijangka akan beroperasi di Sepang International Circuit (SIC) mulai Januari tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pemindahan itu merupakan hasil kerjasama strategik di antara unit Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dengan SIC.

“Pelaksanaan ini bagaimanapun bergantung kepada prosedur semasa ketetapan pelajar menghadiri sesi latihan di institut mengikut perkembangan fasa Pelan Pemulihan Negara.

“Kerjasama ini memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar AKBM untuk melaksanakan aktiviti latihan amali secara langsung meraih pengalaman secara langsung dalam pertandingan sukan permotoran,” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja ke fasiliti Viper Niza Sdn. Bhd. di Seksyen 26 hari ini.

AKBM sebelum ini beroperasi di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Pahang sejak 2013.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI