fbpx

Acryl Sani kekal sebagai KPN dua tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani akan dilanjutkan perkhidmatannya selama dua tahun lagi secara kontrak.

Difahamkan, Acryl Sani akan bersara wajib pada awal bulan depan dan akan dilantik secara kontrak bermula 4 Oktober ini hingga 3 Oktober 2023.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan KPN disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Bukit Aman, hari ini.

Acryl Sani secara rasminya dilantik sebagai KPN ke-13, 3 Mei lalu menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara selepas dua tahun (4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021) memegang jawatan sebagai KPN ke-12. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI