PUTRAJAYA – Sejumlah 5.8 juta pemilih berumur 18 tahun dan ke atas boleh melakukan semakan dan pengesahan diri sebagai pengundi secara automatik bermula Jumaat ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses Semakan Pra-Pendaftaran Pemilik Automatik (SPPA) itu berlangsung sehingga 31 Oktober.
“Bagi tujuan ini, SPR akan mempamerkan maklumat bagi pemilih dan beri peluang kepada mereka semak dan mengesahkan rekod,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Urusan tersebut boleh dibuat melalui kaedah sama ada dengan menggunakan terus aplikasi MySPR SPPA menerusi pautan laman rasmi https://mysprsppa.spr.gov.my.
Pemilih juga boleh hadir ke 604 tempat semakan di seluruh negara dan mengimbas kod respons pantas atau QR Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang akan diletakkan terus di situ.
Dalam tempoh itu katanya, warganegara Malaysia berusia lebih 18 tahun boleh menyemak, mengesahkan maklumat dan membuat aduan kepada SPR sebelum didaftarkan automatik.
“Sekiranya tidak tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan mengemas kini alamat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara sebelum 31 Oktober,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929