fbpx

3 beranak edar syabu RM2.19 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam serbuan di Sungai Petani, Isnin lalu.

SUNGAI PETANI – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas jenis syabu bernilai RM2.19 juta pada Isnin lalu.

Dalam serbuan itu, polis menyita enam buah kenderaan, wang tunai dan akaun bank dengan nilai keseluruhan RM709, 087.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai empat individu termasuk tiga beranak berusia 30 hingga 70 tahun diberkas.

Beliau berkata, tangkapan pertama dibuat pada pukul 8.10 pagi semasa suspek berusia 30 dan 41 tahun berada di dalam pikap jenis Mitsubishi Triton dan kereta Honda City di hadapan sebuah rumah di Bandar Amanjaya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas Mitsubishi Triton menemui 54 bungkusan plastik berisi syabu seberat 54.7 kilogram (kg),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

Menurut beliau, susulan tangkapan itu, seorang lagi suspek wanita berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Amanjaya.

Ujarnya, suspek keempat yang berusia 70 tahun yang juga bapa suspek wanita berusia 36 tahun dan suspek lelaki berusia 30 tahun ditahan di sebuah premis di Pusat Komersil Saujana pada pukul 9 pagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI