fbpx

25 pemain B20 dipanggil sertai kem latihan pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY memanggil 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat fasa 2 sebagai persiapan untuk kelayakan Piala Asia B23 2022.

KETUA jurulatih skuad bawah 20 (B20) kebangsaan, Brad Maloney memanggil 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat fasa 2 sebagai persiapan untuk kelayakan Piala Asia B23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia dari 23 hingga 31 Oktober depan.

Pengendali dari Australia itu mengekalkan 16 pemain daripada kem latihan fasa 1 selama sembilan hari dari 30 Ogos hingga 7 September lalu untuk sesi fasa 2 yang akan bermula 4 Oktober ini.

“Empat pemain yang sebelum ini tidak dapat menyertai latihan fasa 1 disenaraikan iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Hairiey Hakim Mamat, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri dan Aiman Afif Md. Afizul. 

“Lima pemain baharu juga dipanggil melengkapkan senarai latihan pusat fasa 2 iaitu Ahmad Zikri Mohd. Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K. Thivandaran

“Mereka akan menjalani latihan pusat fasa 2 di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sebelum skuad akhir 23 pemain berlepas ke Mongolia pada 20 Oktober 2021,” menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Senarai akhir nanti bakal menampilkan empat pemain kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal Mahadi, 20, dari Selangor FC; Hakimi Abdullah, 22, (Terengganu FC); Quentin Cheng, 22, (Penang FC) dan Luqman Hakim Samsudin, 19, (KV Kortrijk).

Keempat-empat mereka akan menyertai skuad B20 negara sebaik tamat tugasan bersama pasukan senior kendalian Tan Cheng Hoe dalam dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan pada 6 serta 9 Oktober.

Skuad kendalian Maloney akan menentang Laos (25 Oktober), Mongolia (28 Oktober) dan Thailand (31 Oktober) dalam saingan Kumpulan J di Ulaanbaatar bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022. – K! ONLINE

 

Senarai 25 pemain ke latihan pusat fasa 2

SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN (SELANGOR 2)

MUHAMMAD FIRDAUS IRMAN MOHD. FADHIL (SELANGOR 2)

MUHAMMAD AZRIN AFIQ RUSMINI (SELANGOR 2)

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR (SELANGOR 2)

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD. ZAAIM (SELANGOR 2)

MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI (SELANGOR 2)

T SARAVANAN (SELANGOR 2)

SAIFUL ISKANDAR ADHA SAIFUL AZLAN (SELANGOR 2)

AHMAD ZIKRI MOHD. KHALILI (SELANGOR 2)

MUHAMMAD AIDIL AZUAN (SELANGOR 2)

MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI (JDT II)

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN (JDT II)

CHIA RUO HAN (JDT II)

MUHAMAD ALIF ABDUL MUTALIB (JDT II)

AHMAD AYSAR HADI MOHD. SHAPRI (JDT II)

MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI (JDT III)

NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT (TERENGGANU)

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD (TERENGGANU)

SYED MUHAMMAD NASRULHAQ SYED BIDIN (TERENGGANU II)

MUHAMMAD SYAFIK ISMAIL (TERENGGANU II)

MUHAMMAD HAIRIEY HAKIM MAMAT (TERENGGANU II)

MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL (KEDAH)

K THIVANDARAN (PJ CITY)

MUHAMMAD AZRI AB GHANI (PERAK)

AZHAD HARRAZ ARMAN (PROJEK FAM-MSN)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI