fbpx

210 mangsa banjir di Sik, Baling dipindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi memindahkan mangsa banjir ke PPS di Baling pada malam semalam.

ALOR SETAR – Seramai 210 mangsa daripada 66 keluarga di daerah Sik dan Baling dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak pada petang semalam.

Kejadian banjir bermula kira-kira pukul 7 malam itu melibatkan kira-kira 33 kampung di dua daerah tersebut.

Tiga kampung yang terjejas di daerah Sik ialah Kampung Landai, Kampung Pinang dan Kampung Melaka.

Bagi daerah Baling, sebanyak 30 buah kampung terlibat melibatkan Mukim Baling, Mukim Bongor, Mukim Siong, Mukim Bakai, Mukim Pulai dan Mukim Teloi Kanan.

Antara kampung terlibat di enam mukim tersebut ialah Kampung Padar Cicar, Kampung Kaki Bukit, Kampung Bendang, Kampung Kuala Kedua, Kampung Baru, Kampung Batu 60, Kampung Chenerai, Kampung Ulu Tawar, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Titi Teduri.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gulau di daerah Sik yang dibuka pada pukul 10.30 malam semalam menempatkan 61 mangsa daripada 15 keluarga.

Katanya, sebanyak tujuh PPS dibuka di daerah Baling iaitu di SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung dan Dewan Banggol Derom.

“Seramai 149 mangsa daripada 51 keluarga ditempatkan di tujuh PPS ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI