fbpx

Sabah idam kemenangan ke atas Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tae Su yang mendapat nama panggilan Karim dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya sedia meledak di depan gawang untuk memastikan Sabah FC meraih tiga mata.

PEMAIN pertahanan Sabah FC, Park Tae Su bertekad membantu pasukannya menewaskan Kelantan FC menjelang aksi kedua Kumpulan D kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu petang esok.

Keyakinan tonggak import dari Korea Selatan itu berdasarkan kejayaannya meledak gol menakjubkan ketika menentang Petaling Jaya City FC pada Isnin lalu sehingga menarik perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tae Su yang mendapat panggilan nama Karim dalam kalangan rakan-rakan sepasukannya, berharap situasi itu dapat membakar semangat mereka untuk mengutip tiga mata penuh ke atas The Red Warriors.

“Kami sudah 11 perlawanan tanpa kemenangan dengan kali terakhir ketika menewaskan Melaka United pada 5 Mei lalu. Kami tiada pilihan kecuali menang bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

“Sudah tentu saya gembira dengan jaringan itu kerana ia adalah gol terbaik sepanjang karier saya sebagai pemain bola sepak.

“Jadi, saya harap ia dapat menjadi pemangkin semangat buat pasukan untuk terus beraksi baik ketika berdepan Kelantan,” katanya.

Dalam masa sama, Tae Su menjelaskan, kehadiran ketua jurulatih baharu Sabah, Datuk Ong Kim Swee sememangnya menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menewaskan Kelantan FC petang esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI