fbpx

Ular sawa enam meter ceroboh kandang kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter ditemui di dalam kandang kambing di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi, di sini, awal pagi tadi. /FOTO IHSAN ORANG AWAM

TAMPIN – Misteri kehilangan haiwan ternakan seorang penduduk beberapa tahun lalu terjawab apabila seekor ular sawa sepanjang kira-kira enam meter ditemui di dalam kandang kambing di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi, di sini awal pagi tadi.

Penduduk, Yarlis Are, 50, berkata, dia dan suaminya, Zainal Ismail, 63, terdengar bunyi bising dari dalam kandang kambing sekitar pukul 12 tengah malam serta mulai berasa tidak sedap hati.

Menurutnya, mereka akhirnya pergi juga melihat keadaan ternakan kambing mereka susulan bimbang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini lebih-lebih lagi terdapat beberapa ekor kambing yang hilang sejak beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini ada berbelas ekor kambing, namun kini hanya tinggal lapan ekor sahaja. Kali ini kami nampak sendiri seekor ular sawa berada di dalam kandang kambing.

“Mungkin kesan gigitan reptilia itu menyebabkan seekor kambing cedera pada bahagian leher.

“Bimbang dengan keselamatan kami dan binatang ternakan, suami terpaksa membunuhnya. Awal bulan ini terdapat seekor lagi ular ditemui berhampiran rumah iaitu ular tedung selar sepanjang dua meter dan kami bimbang dengan kekerapan ular muncul di penempatan kami ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Yarlis, ular seberat hampir 50 kilogram (kg) itu akan ditanam berhampiran rumah nanti. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI