fbpx

Tubuh jadi keras dirasuk ‘semangat’ patung beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung beruang inilah yang didakwa menyebabkan tubuh mangsa menjadi keras kejung.

PETALING JAYA – Kisah wanita didakwa dirasuk ‘semangat’ patung beruang hingga menyebabkan tubuh mangsa menjadi keras kejung tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh Muhammed NorHezri Baharudin melalui satu posting di laman sosial Facebook, seorang pesakit secara tiba-tiba mengalami kerasukan walaupun telah dirawat.

Berdasarkan perkongsian posting tersebut, NorHezri telah menerima satu mesej rawatan kecemasan daripada adik pesakit mengenai kakaknya yang kerasukan dari pagi sehingga tengahari tanpa henti.

Ketika kejadian, NorHezri berkongi setelah tiba di rumah pesakit suasana sangat tenang dan keluarga pesakit telah menunggu untuk melakukan sesi ruqyah dan dia meminta pesakit duduk menghadap ke arah kiblat.

Sejurus memulakan sesi ruqyah pesakit itu terus meraung menjerit kesakitan tidak selesa dan menunjukkan kawasan yang didiami oleh entiti yang merasuki selepas disoal olehnya.

Bagaimanapun, NorHezri terdetik untuk memeriksa sebuah patung beruang yang berdekatan dengan kawasan yang didiami oleh entiti berkenaan.

Selepas daripada itu, pesakit terus merayu kepada dia supaya tidak menganggu patung berkenaan kerana itu merupakan rumahnya dan disebabkan itu pesakit tersebut kembali sakit.

Disebabkan punca dari patung berkenaan, NorHezri bertindak untuk membakar patung beruang itu selepas menghalau entiti tersebut keluar dari rumah berkenaan.

Selepas kejadian membakar patung itu, pesakit dilihat beransur-ansur pulih daripada segala penyakit yang dia pernah alami sebelum ini.

Perkongsian ini telah menarik perhatian orang ramai dek kerana takut akan ‘teddy bear’ yang terdapat di rumah mereka. – K!ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI