fbpx

Sesalan Kim Jung-hyun pasca kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JUNG-HYUN

PELAKON Kim Jung-hyun mengejutkan peminat apabila tiba-tiba membuat kemunculan semula dalam media sosial selepas beberapa bulan ‘menghilangkan diri’ gara-gara terlibat dengan kontroversi membabitkan bekas kekasihnya, aktres Seo Ye-ji.

Dalam hantaran dimuat naiknya, pelakon drama Welcome To Waikiki itu mengakui tempoh kehilangannya beberapa bulan lalu adalah fasa muhasabah diri.

“Sejak beberapa bulan lalu, saya bergelut tanpa mengetahui arah tuju. Saya sibuk mencari diri dan berasa kosong. Sangat sukar mengawalnya tetapi pada masa sama, itu adalah masa saya bermuhasabah diri.

“Saya banyak kekurangan. Ada sesalan dalam diri kerana selama ini tidak bertanggungjawab atas pilihan yang dilakukan. Saya menyalahkan orang lain dan tidak mampu mengendalikan masalah kesihatan mental yang dialami,” katanya.

Pelakon tinggi lampai itu menambah, dia tidak tahu melakukan kerja lain selain berlakon. Atas sebab itu, dia merancang masa depan dan kariernya dengan bernaung bawah agensi baharu, Story J Company.

“Tanpa mereka, saya takkan mungkin berada di tahap ini.

“Terima kasih kepada peminat yang tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Merekalah yang membuatkan saya kuat. Kalau jatuh, saya akan bangkit semula,” janjinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI