fbpx

Semua negeri rekod jangkitan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Semua negeri merekodkan jangkitan baharu yang menyumbang kepada 11,332 kes harian negara hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,220,526 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,358 kes, diikuti oleh Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes) dan Kelantan (1,088 kes).

“Sabah (965 kes), Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes).

“Negeri Sembilan pula (89 kes), Putrajaya dan Perlis (masing-masing 19 kes) dan Labuan (tiga kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI