fbpx

Sembilan krim wajah diharamkan masih dijual secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka rosak akibat memakai produk yang mempunyai merkuri. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan terdapat sekurang-kurangnya sembilan produk krim muka yang diharamkan penggunaannya masih dijual secara terbuka menerusi platform aplikasi beli-belah popular ketika ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa supaya melarang laman sesawang e-dagang daripada menjual produk kosmetik yang diharamkan tersebut.

Ujarnya, produk-produk yang dikesan pihaknya itu berada dalam senarai pemberitahuan produk kosmetik yang dibatalkan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengandungi merkuri dan bahan kimia berbahaya lain.

Jelas beliau, selain dijual secara berasingan krim muka itu juga didapati dijual dalam satu set dengan produk kosmetik lain daripada jenama yang sama seperti sabun dan pelembap.

“Produk kosmetik pencerah kulit yang mengandungi merkuri mendedahkan risiko bahaya kepada pemakainya.

“Merkuri dalam produk pencerah yang mampu meresap melalui kulit bukan sahaja boleh merosakkan kulit, malah buah pinggang dan sistem saraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohideen, CAP menggesa pihak berkuasa menguatkuasakan segera pengharaman produk itu dengan mengambil tindakan terhadap laman sesawang e-dagang yang menjualnya.

Tindakan itu jelasnya, termasuk mengenakan denda dan mengeluarkan senarai produk bagi produk kosmetik yang diharamkan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI