fbpx

Seludup ketum guna kontena taktik baharu penyeludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (tengah) menunjukkan daun ketum yang dirampas di kawasan kargo kontena antarabangsa, dekat sini semalam.

PADANG BESAR – Penuhkan kontena dengan bungkusan berisi daun ketum sebelum diseludup ke Thailand menggunakan lori atau keretapi dikesan menjadi modus operandi baharu sindiket penyeludupan daun tumbuhan itu sejak seminggu lalu.

Sindiket tersebut dikatakan akan mengumpulkan daun ketum sebelum dibawa ke kawasan kargo kontena antarabangsa di sini menggunakan motosikal, pikap atau lori sebelum diisi ke dalam kontena.

Setiap kontena dipercayai boleh memuatkan sehingga tujuh tan daun ketum.

Taktik licik itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan seorang suspek bersama 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM21,000 di kawasan kargo kontena antarabangsa, dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang sedang leka memunggah bungkusan disyaki berisi daun ketum ke dalam kontena.

Katanya, suspek yang merupakan pengurus di kawasan kontena tersebut dipercayai akan memenuhkan kontena dengan daun tumbuhan itu sebelum diseludup ke negara jiran menggunakan lori. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI