fbpx

Real Madrid kembali tagih khidmat Kroos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KROOS mengalami kecederaan pangkal paha menyebabkan dia terpaksa berehat selama tiga bulan tetapi kini kembali memperkuatkan Real. – AFP

MADRID – Selepas lebih tiga bulan tidak beraksi, pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos dijangka kembali dalam kesebelasan utama menjelang saingan Liga Juara-Juara menentang Sheriff Tiraspol di Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Jerman itu tidak beraksi dalam sebarang perlawanan selepas menamatkan saingan Euro 2020 Jun lalu dan menjalani proses pemulihan kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Kroos, 31, mengakui dia sudah beransur pulih dan sudah pun menjalani latihan ringan sebelum ini, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk diturunkan ketika bertemu Sheriff nanti.

“Saya gembira kerana sudah mengikuti tiga sesi latihan sebelum ini tanpa merasa sebarang kesakitan. Sudah tentu ia sa­ngat melegakan selepas beraksi dalam keadaan sakit hampir tujuh bulan.

“Mungkin saya perlu cari semula rentak permainan kerana sudah tiga bulan tidak bermain dalam perlawanan kompetitif. Bagaimanapun, ia tidak merisaukan saya kerana apa yang penting saya sudah pulih,” katanya.

Dia juga percaya jurulatih, Carlo Ancelotti sekurang-kurangnya akan meletakkannya dalam se­narai pemain simpanan awal pagi esok jika didapati belum cergas sepenuhnya untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Secara peribadi, saya rasa sudah bersedia sepenuhnya dan boleh bermain. Bagaimanapun, saya perlu berbincang dengan Ancelotti dan sekiranya beliau menganggap ia berisiko, saya akan hormati keputusannya,” ujar Kroos. – AGENSI

 

LIGA JUARA-JUARA

JADUAL

Awal pagi esok

AJAX lwn BESIKTAS

SHAKHTAR lwn INTER

MILAN lwn ATLETICO

DORTMUND lwn S. LISBON

PORTO lwn LIVERPOOL

PSG lwn MAN. CITY

LEIPZIG lwn C. BRUGGE

REAL lwn SHERIFF

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI