fbpx

PGA rampas 6.3 tan beras Siam dalam pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian beras Siam yang dirampas PGA dalam serbuan di sekitar Pasar Wakaf Bharu, Tumpat semalam. - FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 6.3 tan beras Siam yang dijual oleh peniaga-peniaga di sekitar Pasar Wakaf Bharu di sini semalam.

Rampasan beras bernilai RM25,380 yang dijalankan menerusi Op Khas bermula pukul 6.30 pagi hingga 8 pagi itu turut menahan sembilan peniaga bagi membantu siasatan berkait dengan perkara tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua individu yang ditangkap berusia 43 hingga 69 tahun itu merupakan peniaga yang menjual beras tersebut di pasar berkenaan.

Menurutnya, hasil maklumat risikan dan pemerhatian mendapati, kesemua stok bekalan beras Siam itu dihantar oleh penghantar atau ‘runner’ yang diupah untuk mengangkut beras seludup dari sempadan negara kepada peniaga-peniaga tersebut.

“Siasatan awal mendapati ‘runner’ beras meraih upah sebanyak RM20 hingga RM30 bagi setiap perjalanan penghantaran bekalan beras ke lokasi yang dituju.

“Selain itu, mereka juga menggunakan kereta dan motosikal untuk mengangkut beras dalam kuantiti yang sedikit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI